Friday, May 16, 2014

Telah lama benar blog ini tidak dikemaskini.... Sibuk dengan kehidupan dunia, ada pahit ada manis, masam, kelat dan pelbagai rasa. Abah tersayang baru pergi meninggalkan kami, Innalillah... sedih teramat. Sehingga kini, kekadang masih belum dapat terima kenyataan yang Abah telah tiada.... Tiada lagi sambutan ulangtahun kelahiran Abah yang kebetulan berbeza sehari dengan Farisya. Hanya Farisya akan sambutnya seorang, tidak dengan Tok Ayahnya lagi.... Emmm.... selagi masih diberi nyawa, kehidupan masih perlu diteruskan. Terasa ingin semula buat cokelat. Insyaallah kalau rajin nanti.

Saturday, November 13, 2010

Fiza's Homemade Chocolate baru berjinak-jinak dengan pembuatan cokelat yang beraneka rupa. Bermula dengan mengikuti kelas pembuatan berbagai bentuk dan rupa cokelat bersama Cikgu Fit. Telah mula mengambil tempahan sulung membuat 'Cornflake Cokelat' sebanyak 250 biji untuk Raya Aidil Adha dari cikgu-cikgu Sekolah Taman Senangan. Terima kasih cikgu-cikgu. Inilah gambar tempahan pertama.




SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA ... 2010.


Sempena ulang tahun kelahiran abah dan anak bongsu tersayang pada November 2010, inilah hasil tangan .....




SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN ABAH DAN FARISYA ...



MENJELANG TAHUN 2011 ...


Melangkah setapak lagi... fizascokelat telah menerima tempahan sulung hantaran cokelat daripada Mak Su Tom hujung April 2011, Terima kasih Cu.