Telah lama benar blog ini tidak dikemaskini.... Sibuk dengan kehidupan dunia, ada pahit ada manis, masam, kelat dan pelbagai rasa. Abah tersayang baru pergi meninggalkan kami, Innalillah... sedih teramat. Sehingga kini, kekadang masih belum dapat terima kenyataan yang Abah telah tiada.... Tiada lagi sambutan ulangtahun kelahiran Abah yang kebetulan berbeza sehari dengan Farisya. Hanya Farisya akan sambutnya seorang, tidak dengan Tok Ayahnya lagi.... Emmm.... selagi masih diberi nyawa, kehidupan masih perlu diteruskan. Terasa ingin semula buat cokelat. Insyaallah kalau rajin nanti.